Sunday 22 December 2013

CEGAH STROKE @ ANGIN AHMAR DENGAN SHAKLEE


Angin Ahmar atau stroke ialah masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah yang tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak diganggu. Bahagian otak tersebut tidak lagi menerima oksigen yang mencukupi dan oleh itu, sel-sel otak akan rosak atau mati. Hal ini akan mengakibatkan bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak itu tidak berfungsi. Angin Ahmar adalah kecederaan saraf yang serius dan gejalanya ialah kehilangan fungsi saraf secara tiba-tiba.

Penyakit ini adalah penyakit ketiga yang menyebabkan paling banyak kematian dan kehilangan upaya dalam kalangan orang dewasa di Amerika Syarikat dan negara-negara perindustrian di Eropah. Pada puratanya, satu kejadian Angin Ahmar terjadi pada setiap 45 saat dan seorang mati setiap 3 minit akibat Angin Ahmar.

Punca Angin Ahmar termasuk kelanjutan umur, darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi dan merokok. Merokok merupakan punca boleh ubah suai yang paling penting. Istilah "serangan otak" kini semakin digunakan di Amerika Syarikat untuk Angin Ahmar, disebabkan penyakit ini adalah padanan untuk "serangan jantung" yang merupakan masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian jantung diganggu.




No comments:

Post a Comment